Monday, February 21, 2011

ini tersangat lah benar..

kepada para lelaki.. layankan aja pasangan anda tu yer..

Monday, January 17, 2011

menfaatkan waktu rehat sejam anda

Selain aktiviti lunch. jom layan;

1. ah ngantoknye semalam layan bola sampai pagi. tido je kat surau. jangan samapai terjaga kul 4 ptg sudah..

2. eh, sempat lagi ni kite p window shopping. jom kak bedah..

3. koke dulu 30min (gila mic).

4. mengumpat pun seronok.

5. hobi. mengait/menjahit baju

6. beriadah. gym or bermain dart.

7. sesetengah kompeni waktu lunch baru boleh bukak Facebook. layan.

p/s: aku dari 8am-5pm bukak FB. hahaha..

zaman sebelum Facebook

aku masih ingat sewaktu darjah 6 pada tahun 1992, seorang rakan perempuan sekelas sebelah datang kemeja aku dengan tersipu sipu malu terus memberikan sebuah buku yang agak fancy. "nanti isi biodata yer.." terus saja dia berlari keluar..

bila bukak buku tu terus macam-macam bau ada. yang paling ketara bau pen ink wangi. aku mula belek satu-satu biodata orang. macam-macam gaya ada. ada yang macam tulisan doktor, ada yang kreatif bagai.

ok aku paham sekarang. jadi aku memulakan ruangan yang kosong untuk ditulis. yup, biasanye aku akan pegi ke page tengah atau ujung-ujung. tak nak ikut urutan la katekan.



dan tiba-tiba aku blur tak tau apa nak isi. x perlu risau, tiru je biodata orang yang dah buat. biasanye dimulai oleh nama, alamat, tempat tinggal sampai lah ke makanan kegemaran dan akhir sekali ucapan untuk empunya buku.

memang kelakar bila dipikirkan. tapi aku rasa yang buat benda ni kebanyakannye pompuan je. lelaki masa tu syok main batang eskrim diukir bentuk pedang dan paling best, dikikis bagi halus gitu. sekarang ada lagi ke?

Monday, October 18, 2010

tips nak jimat bila berdating

maklumlah bila tengah bulan ni memang tak ada sen nak-nak bila aweks ajak deting. rindu nak jumpe tapi tak tau arah tujuan. jalan jauh2 kang kos petrol melambong. dalam wallet tinggal RM50 je. gaji 2 minggu lagi br dpt. hoh! parah.

so macam mana korang manage? boleh ikot petua ni..

1.MAKAN
pastikan sebelom korang keluar p makan dulu kat umah sampai kenyang. bila GF ajak makan atleast jimat 1 kepala bayar.

2.TRANSPORT
kalau boleh pakai je motor. tapi klu nak naik kete gak, geti-getikan la share duit.

3.TUJUAN
pastikan arah tujuan anda sebelum keluar dan kalau boleh jaraknya tak lebih 50KM. ini bagi mengelakkan pembaziran.

4.WAYANG
kebiasaannya dalam seminggu ada sehari harga tiket murah. macam kat pat aku hari rabu ialah hari paling murah harga tiket dijual. RM7. tapi tak tau la sekarang.

5.SUMBER ALTERNATIF
mintak la ibu bapa duit. kalau korang tak malu la. ;D



nak lagi senang tak payah keluar. tunggu je la dapat gaji nanti yer. hahahaha..

Wednesday, September 8, 2010

Raya jangan tak raya

kesempatan menyambut syawal ni izinkan aku menghulur soploh jari mohon kemaafan kapada kawan-kawan yang mengenali diri ini.

yup, aku bukanlah sempurna dan seperti manusia lain juga aku mempunyai kelemahan. aku admit selama 10 tahun ni bila aku kenang balik, aku bukanlah diri aku yang sebenarnya. memang agak terlambat untuk aku start over. tapi lebih baik dari tak buat langsung kan? orang cakap life begin in 30. well, aku akan mempraktikkan hari-hari ku dengan sebaiknya.

dan seperti yang diduga pada usia ini juga, tuhan membuka pintu rezeki seluasnya. alhamdulillah apa yang aku target untuk masa depan menampakkan cahayanya.

mungkin perpindahan kerja ni memberi peluang untuk kerier aku untuk terus maju bersama kehidupan yang semakin mencabar ini. maklumlah, sekarang aku kena lebihkan masa kepada keluarga. family oriented la katekan. tarikhnya pun semakin lama semakin hampir.

so tahun ni dan tahun-tahun berikutnya aku tak perlu pening kepala untuk memikirkan jadual kerja semasa cuti raya mahupun cuti-cuti umum yang lain. sebabnya cuti diperuntukkan untuk kita cuti. haha. bahagianya hidup aku sekarang..

Tuesday, September 7, 2010

hidup lagi kau rupenye

wah, lama gila aku x hapdet blog kesayangan aku ni. tah papa. bukan apa, bila penyakit malas dah datang macam-macam alasannye x? well, not much update bout me. cumenye aku baru saja bertukar tempat kerja. iya, sesuatu perkara yang aku perlu lakukan setahun yang lepas. tapi syukran rezeki menyebelahi aku kali ini. seperti keluar dari penjara, aku dapat rasakan suatu power dalam badan aku. seperti mati hidup semula, seperti mendapat ilham tatkala bangun dari tidur, umpama mendapat visi untuk masa depan. bergitu lah kaedahnye.

walaupun akhirnya aku meninggalkan juga tempat lama aku, walaupun aku merasa keseronokan yang amat, tapi ada sesuatu yang membawa kesan dalam hidup ini. yup hubungan diantara kawan-kawan kerja lama aku. memang selalu terlintas merindui diorang. kadang-kadang selalu jugak lah call. tapi walau rindu mana kita terhadap seseorang, hidup ini perlu diteruskan juga. ini lah kehidupan sebenarnya. i hate to admit this actually. huhu..

kepada kawan-kawan ex-EPA, gua lindu sama engko olang. cepat-cepat lah berambus weh. aku sudah, yang lain pun sudah. korang bila lagik? ;P

Friday, May 21, 2010

nak jadi ke tak nak jadi

cikgu: awak dah besar nak jadi apa? bagi 3 pilihan yer..
murid: saya nak jadi askar, polis, doktor cikgu.
cikgu: bagus. tapi saya suka pilihan terakhir kamu..

itu 22 tahun yang lepas. jika sekarang ini kita ajukan soalan yang sama kat budak-budak, tentu jawapannya lebih kurang sama. mungkin disebabkan pengaruh guru jugak aku rase. so budak-budak tu pun ikut je la. ye lah, apa la sangat cita-cita pada ketika umur macam tu kan.

namun pada ketika ini, yang sebenarnye, aku masih lagi blur dengan cita-cita aku. betul ke jalan yang kita pilih ni kan. yang aku pasti, bekerja hanya untuk mendapatkan upah. upah itu pula akan disalurkan kepada si pemiutang dan asasi lain. begitu lah kehidupan seharian kita selama mana kita masih hidop. dengan erti kata lain keperluan mengatasi segalanya.

nak dapat upah pulak bukan senang. memang banyak dugaan. ada yang tak tahan sampai nak benti. tapi kita nak kemana aja? balik-balik pun kat situ jugak. ceritanya sama.

ok lah, berbalik pada cita-cita. aku rasa majoriti korang pon mcm situasi aku. aku rasa mungkin disebabkan faktor budaya dan keadaan sekeliling. kita tak dibentuk sejak kecik. contoh, perenggan pertama. dialog tu sebenarnya telah di sensored kan dan ini kisah sebetulnya;

cikgu: awak dah besar nak jadi apa? bagi 3 pilihan yer..
murid: err.. umm.. isk..
cikgu: alah, cakap je nak jadi apa. nak jadik cam doktor ke, askar ke, polis ke, bomba ker.. (kat sini cikgu dah sekat minda budak tu. jadi budak tu pun ikot je)
murid: saya nak jadi askar, polis, doktor cikgu.
cikgu: bagus. tapi saya suka pilihan terakhir kamu..

haa, ni pengalaman sebenar aku. aku memang tak menyalahkan cikgu tersebut. aku rasa perlu untuk ibu bapa sendiri memberi didikan awal. kalau kita tengok orang putih la kan, kecik-kecik lagi dah diajar bawak superbike, muzik, berenang, bola sepak. diorang nak tanamkan minat supaya kelak itu menjadi kerjaya dan mereka menyukainya. selebihnya terpulang pada diri individu tersebut. kalau sendiri pun dah tak minat nak buat macam mana kan. harapannya jalan yang dipilih tu ialah yang terbaik.


p/s: kecik2 dulu berangan kerjaya superbike. abis basikal aku main willy sampai terjatuh kat longkang. ;D

Thursday, April 1, 2010

kita yang sangat hipokrasi

susah sangat ke nak jadi diri sendiri?
susah sangat ke orang nak terima diri kita yang sebenarnya?

hakikatnya hidup dalam kepura puraan akan membuat diri kita sendiri akan mula memberontak. tapi itu semua amat "perlu" demi menjaga nama baik kita sendiri.

kenapa yer?

mungkin untuk survive. mungkin juga untuk kita membiarkan orang sentiasa beranggapan baik walhal diri kita ni x ada lah baik sangat pun kan.

sememangnya aku dah bosan hidup dalam environment macam ni. terasa hidup macam dekat penjara.

aku mau bebas!

tapi munkinkah bila kita bebas kelak, kita akan sebenarnya "bebas"?

secara jujur aku katakan tidak!

Thursday, March 4, 2010

tunggang terbalik.

"duh, asik mengeluh je kenapa ni?"

"entahlah.." kataku seorang diri sambil memikirkan sesuatu yang tak pasti.

hidup memang penuh dugaan. lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. kalau nak difikirkan memang tak terdaya nak memikul.

tapi bila aku melihat sesebuah keluarga, aku selalu tertanya-tanya. bahagia ke keluarga tu? cukup ke makan minum dia? berapa plak pendapatan dia? besar ke rumah dan kereta dia?

semua tu bagi aku satu keperluan yang sebenarnya sesuatu kehendak peribadi atas dasar untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna.

bahagia kah kita dengan kehidupan kita sekarang? mungkin majoritinya akan berkata tidak selagi ada yang berkata mereka masih belum sempurna atau erti kata lain bersedia.

jadinya aku pasti, yang aku masih lagi belum sempurna untuk memiliki keluarga yang bahagia.

sebagai manusia, adalah lumrah untuk kita capai kebahagiaan itu. USAHA. ;D

Wednesday, January 6, 2010

hidup baru?

semua orang inginkan kehidupan baru yang lebih selesa. tapi adakah sesuatu perubahan itu betul-betul membawa kesan terhadap kehidupan kamu? atau kamu sendiri takut untuk berhadapan dengan perubahan itu?

mungkin ada sesetengah perubahan yang kita ingin dan tak. perubahan yang mengembirakan dan mengecewakan. yup, selalu ada pro dan kontra.

"aku dapat awek baru!"
"aku baru putus cinta"

genre yang sama tetapi berbeza situasi. situasi bukanlah perubahan. situasi boleh menjadi pemangkin kepada perubahan. yang berubah adalah diri sendiri. bagaimana manusia boleh berubah bedasarkan situasi?

"aku dapat awek baru! SUMPAH AKU TAK AKAN CARI AWEK LAIN."
"aku baru putus cinta! SUMPAH AKU AKAN PERSETANKAN SEMUA PEREMPUAN."

bila situasi menguasai jiwa dan pemikiran, perubahan akan berlaku.

apa yang aku cakap kat sini, tidak akan ada perubahan jika tiada situasi berlaku. noktah.

Wednesday, December 9, 2009

Jangan mengeluh?

kita kerap kali merasakan ada sesuatu yang kurang, yang tak kena dalam hidup. bahkan sekarang ni aku dapat rasakannya. kenapa? kenapa? dan kenapa? kenapa perlu kita mengeluh? penat dengan bebakan kerja? penat dengan karenah manusia?

memang aku setuju hidup perlu diteruskan tapi yang menjadi punca segala masalah apabila hidup ini tak berlandaskan apa yang kita rancangkan.

aku bingit. aku stress. aku penat.

tapi bila aku terima satu emel ni, aku terus berfikir, sesungguhnya aku seorang yang sangat lemah! lemah dalam meneruskan kehidupan. kerana aku selalu mengeluh.

guys, walaupun sejahat mana kita, akhirnya kita akan tersedar. bahawa ada satu jalan yang lurus dan benar. selalu lah kita untuk berpesan-pesan supaya tidak tersesat kelak.

JANGAN MENGELUH, Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Friday, December 4, 2009

reka avatar kamu dalam dunia Simpson!

mari mari kita beramai-ramai mereka avatar! klik link dibawah ini dongg. tapi kamu mesti empunya flash plugin didalam IE yah! ;D



avatar gwee~~

mari mereka avatar!

Wednesday, December 2, 2009

kau tak akan berubah!

mungkin bagi kita orang timur selalu sangat memaafi orang lain dengan mudah. mungkin juga kita sudah biasa dengan adat budaya kita yang sering berlemah lembut.

bagus la bagi mereka yang saling memaafi diantara satu dengan lain. memang dalam ajaran agama pun selalu berpesan pesan.

aku lemah, aku menyesal..

mungkin salah aku dulu termakan dengan tipu daya dan muslihat engkau.

mudah bagi engkau untuk mengata. mudah bagi engkau marah. mudah bagi engkau memaki hamun.

bagi aku, sampai liang lahat lah engkau tak akan berubah. maaf aku terlalu emosi.

aku sebenarnya kesian dekat engkau. aku kesian bila engkau mati kelak, orang akan bertepuk tangan bersuka ria, bila kau mati kelak orang tak akan datang melawat kau. bila kau mati kelak orang akan tetap terus mengata..

maaf sekali lagi aku terlalu emosi..

Wednesday, November 4, 2009

tersepit di tengah

ada diantara sahabat menjadi musuh antara sahabat, dan kau sebenarnya berada di antara dua pertelingkahan tersebut hanya kerana idealogi yang berbeza.

kalau kau dipilih diantara dua, mana satu jalan yang kau pilih? walhal diantara kedua tersebut merupakan rakan karib kau sendiri?

pasti sukar membuat keputusan bukan? orang lain buat taik takkan kau nak masuk campur? tak boleh kat sini yang sana terasa, tak boleh kat sana yang sini terasa. kalau tak dilayan dua dua tarik muka.

apa yang perlu kau buat?

Sunday, September 6, 2009

Review gadoh the movie

Agak terlewat juga untuk aku melihat tontonan ini. dikeluarkan pada May 2009 tapi first time aku tengok terus jatuh cinta pada seni teater. karektor yang juga boleh dikatakan sesuai dengan sosial masyarakat kita sekarang yang majoriti mentaliti masih ditakuk lama. resis dan prejudis memang tak lari dari dalam diri setiap bangsa sejak dari turun temurun.

walaupun bagi aku ini bukanlah satu jalan yang boleh menyatukan bangsa dengan mudah, tapi apa yang pengarah Brenda Danker dan Namron ingin sampaikan, boleh dilihat dengan mudah iaitu semagat nasionalisme antara kaum.

mungkin bila menonton sahaja cerita ini sesetengah masyarakt akan terasa tersinggung dengan perkataan-perkataan kesat dikeluarkan tanpa menyuntingnya terlibih dulu. ini lah kekuatan cerita independence sebenarnya. overall aku amat berpuas hati. so aku recommend korang untuk tengok ini wayang.. :D

"SENI TIDAK BOLEH DI POLITIKKAN" - Namron



DESCRIPTION:
Jointly organised by Wanita Gerakan Selangor and Pahlawan Volunteers, Gadoh the movie is produced by KOMAS, a Malaysian human rights organisation and directed by Brenda Danker and Namron.

Gadoh, a 70-minute feature film that explores our perception of identity and challenges our hatred of the “other”.

SYNOPSIS:
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

Saturday, September 5, 2009

kenapa aku jadi aku?

dan bukan engkau? atau orang lain yang hidupnya lebih sempurna? mungkinkah soalan aku nih melampaui batas?

mari kita berpikir sejenak kenapa hidup kita masih terdapat kekurangan..
kurang usaha ker? tanya lah diri sendiri..

kadang-kadang hidup ni amat stress. sebab itu lah diberikan daya pemikiran untuk kita memilih jalan yang baik atau tidak atau sekurang kurangnya bersedia menghadapi rintangan yang datang. sesungguhnya engkau bijak. cuma perlukan sokongan. iya, sokongan. sebab itu hidup ini perlukan pasangan. 1,2,3 atau empat.. :D



banyak persoalan timbul. kenapa aku tak jadi engkau? kenapa aku tak lawa? kenapa aku tak kaya? kenapa aku tak ada kete evo? terlalu banyak sangat kenapa memang tak akan dapat membantu memotivasikan diri.

aku bukanlah seorang yang pandai dan senang juga. tapi nak tak nak hidup perlu diteruskan, survive bak kate omputih. yang penting kita perlu ada sedikit rasa kesederhanaan dan terima seadanya. itu boleh memberikan hidup kita hepi. cubalah!

p/s: sesungguhnya aku adalah manusia yang tak berapa nak terima hakikat jugak.. :D

Wednesday, August 26, 2009

Syok sendiri

haa, aku rasa ramai orang penah alami. tak kira laki ke pompuan kan.. siang malam asik terbayangkan wajah si dia.. kadang kadang dalam tido pun mimpi dia. mimpi basah? owh no.. hanya korang je yang tau.

kenapa yer, kita ni memang dilahirkan bukan nak cakap perahsia, bukan jugak nak cakap tamak. tapi mesti ada sifat itu.

kenapa pulak aku cakap tamak? sebab dalam diam kita suka dekat orang lain walhal kita sendiri sudah berbini/berawek. haa.. apa kes?

salah ke tidak tu? bagi aku tak salah syok sendiri nih, kalau nak berimiginasi apatah lagi. bukannya betol kan. tapi kalau betol cepat-cepat lah sambar..

asalkan benda tu jadi rahsia dan bukan realiti aku condiser ia boleh diteruskan. cumanye jangan sampai nanti jadi psyco pulak.. nyaya tu..

Tuesday, August 25, 2009

Keperluan untuk menangis

perlu atau tidak? itu bergantung pada keadaan lah kan. bila suasana dalam keadaan sedih dan duka, mestilah korang nangis.

tapi untuk nangis tu amat sukar bagi lelaki, dan wanita? kadang-kadang boy dia sergah sikit pon dah nangis.

so aku definisikan perempuan ni memang kememeh. ha'ah, bukan apa, sebenanrnya mereka ni sangat pandai. kenapa?

nangis ni bagi diorang adalah satu senjata bagi melembutkan hati lelaki. tak percaya?

percayalah, sebab aku pun pernah mengalaminya. contoh, bila tengok si dia menangis pabila aku marah, secara otomatik hati aku ni sayu jer, kadang-kadang rasa menyesal timbul..

haa kan, begitu mudah je perempuan menundukkan lelaki ni.. tak susah mana pun.. :D

mungkin mereka ada lagi pelbagai senjata. who knows.. Guys beware!

Sunday, August 23, 2009

puasa datang lagi

Selamat berpuasa bagi seluruh kaum beragama islam..



aku disini ingin memohon kemaafan zahir dan batin dengan korang yang telah banyak aku sakitkan, menertawakan, mengutukkan dan sebagainya..

aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan..

tolonglah bimbing aku..

Thursday, July 9, 2009

reaksi #2: 20 perkara wanita bencikan lelaki

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.!

REAKSI: wawawa.. kemain dia nih.. kalau nak ikutkan statistik, para wanitalah mengungguli kategori nih.. sejak azali lagi asik dapat crown ajer..

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.

REAKSI: ini dah macam sesi meluahkan perasaan nampak gayanyer. kerja sekarang tak macam keje dulu cik adik oi, sabtu ahad pun kena kerja tau..

13. PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah !!!!

REAKSI: sampai sepak terajang? bagaimana plak kalau perempuan yang buat kat lelaki? tak penah dengar? kan dah cakap tadi lelaki ego, cam ne nak dengar cite ni.. lain lah pompuan kan, baru cuit jari sikit kecoh satu kampong..

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

REAKSI: kalau ditegur salah tak ditegur salah. kalau dah tau si lelaki memang perokok tegar jangan lah dikesah. memang sukar nak berhenti punye..

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

REAKSI: itu lah sebab lelaki dan wanita ni ada perbezaan dan saling memerlukan. kalau sama aje, mesti you boring. sesetengah wanita suka dengan bau lelaki, sexy. tak percaya?

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.

REAKSI: haha, habis tu makan macam kura-kura. tertib sangat. tah apa yang dimalukan. bab makan sebat je la, nanti lemau plak makanan. tak baik untuk kesihatan.

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

REAKSI: you ni jeles sangat kenapa. ajak you ikut i maen bola nanti you kata boring plak.. ni pun dengan kawan-kawan. kalau i dating dengan pompuan lain karang. you nak?

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.

REAKSI: perempuan suka hal remeh temeh diperbesarkan. itulah masalahnya..

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

REAKSI: kadang-kadang perlu supaya tidak menyakiti hati teman wanita yang sangat kuat cemburunya. kawan-kawan lah penyelamat..

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.

REAKSI: hey! lelaki memang macho ok! nak harapkan you yang puji? you tu yang jeles kan.. hahaha..